2,579 kes demam denggi, tiga kematian dilaporkan pada ME13

Sebanyak 2,579 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME13) bagi tempoh 24 hingga 30 Mac berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya. Gambar hiasan Bernama
Sebanyak 2,579 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME13) bagi tempoh 24 hingga 30 Mac berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,579 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME13) bagi tempoh 24 hingga 30 Mac berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak tiga kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan pada tempoh berkenaan.

"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME13 adalah sebanyak 44,144 kes berbanding 28,587 kes bagi tempoh sama 2023.

"Manakala terdapat 31 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataaan pada Sabtu.

Beliau berkata, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME13 adalah sebanyak 135 dengan 114 lokaliti dilaporkan di Selangor, masing-masing 10 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang (lima), Negeri Sembilan (empat) dan Kedah (dua).

Sementara itu, katanya, bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada ME13 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 13 kes dengan tiada wabak berkenaan dilaporkan.

Bagi survelan zika pula, beliau berkata, sebanyak 621 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan dan hasil kesemuanya adalah negatif. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!