Yayasan Selangor beri sumbangan keperluan asas, wang tunai

Zaini (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima YS.
Zaini (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima YS.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Selangor memberi sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada golongan memerlukan.

Sumbangan itu diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dan asnaf daripada keluarga pelajar tajaan yayasan berkenaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Zaini Sulaiman berkata, sumbangan itu adalah pengisian aktiviti Kembara Kasih Aidilfitri 2024 yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Yayasan Selangor.

“Sumbangan yang dihulurkan ini adalah berlandaskan kewajipan tuntutan salah satu rukun Islam.

Zaini (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima YS.
Zaini (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima YS.

“Ini komitmen Yayasan Selangor kepada 10 keluarga asnaf dan berpendapatan rendah untuk menerima sumbangan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat Yayasan Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zaini dan Pengurus Komunikasi Yayasan Selangor, Norhayati Umor telah menyampaikan sumbangan pada majlis berkenaan.

Menurut Zaini, sumbangan itu diharap dapat menggembirakan penerima dan membantu meringankan beban kewangan mereka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM8,000 terdiri daripada sumbangan barangan makanan asas bernilai RM300 dan sumbangan wang tunai RM500 untuk satu keluarga.

“Diharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan dan membolehkan mereka merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna.

“Semoga inisiatif ini juga secara tidak langsung memberi kesedaran agar kita sentiasa mengambil berat tentang keresahan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam lain, seterusnya membentuk serta membina kesejahteraan ummah apabila yang susah dibantu sementara yang lemah terus disantuni,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28