June Wei dalam radar ke Chengdu 2024

June Wei
June Wei
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan negara, Cheam June Wei berada dalam senarai bagi menggalas cabaran Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Zon Berteknologi Tinggi Chengdu, China, bermula 27 April hingga 5 Mei depan.

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Tey Seu Bock berkata, June Wei sememangnya berada dalam radar barisan kejurulatihan untuk dipilih ke kejuaraan badminton berpasukan berprestij dunia berkenaan yang berlangsung di Pusat Sukan Zon Teknologi Tinggi Chengdu.

“Ya, sudah tentu, barisan belum 100 peratus lagi.

“Kita akan senaraikan pemain perseorangan terbaik, bukan pergi untuk beri pendedahan,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara pada Jumaat.

Pada masa sama Seu Bock berkata, pemain ranking ke-61 dunia itu juga telah mula menyertai latihan di Bukit Kiara bermula Jumaat.

Menurutnya, pemain berusia 27 tahun itu akan dinilai barisan kejurulatihan sebelum tarikh akhir penghantaran nama pemain ke Piala Thomas 2024 ditutup 13 April ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: