Berhenti jika kecemasan, jaga keselamatan - PDRM

Yahaya (enam dari kanan) dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal (lima dari kanan) sempena pelancaran Ops Balik Kampung di LTU Pintasan Raub pada Jumaat.
Yahaya (enam dari kanan) dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal (lima dari kanan) sempena pelancaran Ops Balik Kampung di LTU Pintasan Raub pada Jumaat.
A
A
A

RAUB - Pengguna khususnya di Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini diminta tidak berhenti di laluan itu untuk berehat dan berbuka puasa berikutan ketiadaan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di laluan tersebut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kenderaan melalui laluan berkenaan hanya boleh berhenti di tepi jalan jika dalam keadaan kecemasan.

Menurutnya, bagi situasi tersebut, pengguna perlu memastikan keselamatan diri dan kenderaan mereka.

"Ini kerana nanti takut terletak di tempat yang tidak sepatutnya hingga mengakibatkan kejadian tidak diingini.

"Saya juga dimaklumkan ada ramai orang buang sampah (di tepi jalan) dan saya nasihat bersama-sama kita jaga kebersihan," katanya susulan isu sampah-sarap di bahu jalan LTU baru-baru ini.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ops Balik Kampung di LTU Pintasan Raub di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung perlu merancang perjalanan mereka, termasuk lokasi untuk berhenti agar perjalanan mereka lancar.

Sementara itu, beliau berkata, polis menjangkakan sebanyak 2.3 juta kenderaan akan memasuki Pahang sepanjang Aidilfitri tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 31 kawasan dikenalpasti sering berlaku kemalangan dan kesesakan di negeri ini akan diberi perhatian oleh pihak polis," tambahnya.