Gudang simpan kabel elektrik milik SESB terbakar

Asap hitam berkepul-kepul boleh dilihat dari jarah jauh susulan kebakaran melibatkan gudang penyimpanan kabel elektrik di Kampung Darau Jalan Tuaran Bypas, Kota Kinabalu.
Asap hitam berkepul-kepul boleh dilihat dari jarah jauh susulan kebakaran melibatkan gudang penyimpanan kabel elektrik di Kampung Darau Jalan Tuaran Bypas, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebuah gudang penyimpanan kabel elektrik terbakar dalam kejadian di Kampung Darau Jalan Tuaran Bypas di sini pada Khamis.

Asap hitam berkepul-kepul boleh dilihat orang ramai dari Teluk Likas yang terletak sejauh kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah hari.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan bantuan BBP Kota Kinabalu dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer.

"Kebakaran melibatkan longgokan kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) seluas 0.4 hektar sedang terbakar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Orang ramai boleh melihat asap hitam berkepul-kepul dari Teluk Likas yang terletak sejauh kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian.
Orang ramai boleh melihat asap hitam berkepul-kepul dari Teluk Likas yang terletak sejauh kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan bagi mengelak api terus merebak ke kawasan lain.

"Operasi pemadaman sedang dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, SESB dalam kenyataannya mengesahkan kebakaran itu melibatkan stor penyimpanan milik syarikat tersebut yang berlaku pada jam 12.50 tengah hari.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata punca kejadian masih dalam siasatan oleh pihak berkaitan.

"SESB akan memberikan makluman terkini sejurus mendapat maklumat lengkap berkaitan kejadian ini kelak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!