Az Zuha anjur MAAZ bagi hargai kakitangan

Barisan pengurusan Az Zuha bergambar kenangan pada MAAZ yang berlangsung di BACC Bangi baru-baru ini.
Barisan pengurusan Az Zuha bergambar kenangan pada MAAZ yang berlangsung di BACC Bangi baru-baru ini.
A
A
A

KAJANG - Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd anjur Majlis Apresiasi Azzuha (MAAZ) 2024 bagi memberi penghargaan kepada kakitangan dan warga kerja syarikat umrah itu.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Az Zuha, Fadhil Zamri berkata, majlis kali ini menampilkan kelainan bersesuaian dengan penubuhan syarikat mencecah usia 12 tahun itu.

Menurutnya, antara kelainan yang dibawa termasuk penjenamaan semula nama program selain berjaya menghimpunkan seluruh warga Azzuha terdiri daripada kakitangan, Pembimbing Umrah Azzuha (PUAZ) dan Wakil Jualan Azzuha (WAJA) dari seluruh negara.

"MAAZ turut mengundang tetamu-tetamu daripada beberapa agensi kerajaan dan swasta, yang mempunyai jaringan dan kolaboratif dengan Azzuha.

"Ia termasuk NGO (badan bukan kerajaan), syarikat pembekal, rakan industri serta pimpinan masyarakat seperti imam masjid, pengamal media dan pempengaruh," katanya menerusi kenyataan.

Program berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Nushi Mahfodz.

Majlis turut disajikan dengan persembahan tilawah al-Quran, nasyid dan cabutan bertuah.

Katanya, selain itu, penilaian terperinci dilakukan bagi memastikan anugerah diberikan kepada mereka yang tepat dan layak atas perkhidmatan cemerlang.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, penilaian termasuk keperibadian dan akhlak tinggi yang wajar diiktiraf dan dihargai.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28