Pendidikan takut hantu

A
A
A

“SAYA takut belajar jawi walaupun tiga muka surat kerana saya takut terpeluk Islam!"

Bayangkan inilah komen seorang guru atau pelajar sekolah Cina dan komen seperti ini adalah umpama cerita tentang drakula takut tengok huruf 'T'! Bantahan Dong Zong terhadap jawi amat memalukan kaum Cina.

Adakah Dong Zong mahu melahirkan generasi Cina yang takut pada hantu rekaan mereka sendiri? Di manakah maruah diri kaum Cina yang Dong Zong ingin bawa? Saya yakin ramai Cina rasa malu dengan usaha primitif Dong Zong ini.

Kalau tak rasa malu, maknanya sekolah vernakular Cina patut diharamkan bukan sekadar kerana tidak menghormati warisan negara, memandulkan IQ Cina dan menanam rasisme tetapi juga juga gagal mendidik perasaan malu. Kalau satu kaum tidak ada lagi perasaan malu, usahlah difikirkan tentang maruah. Bangsa tak tau malu dan tak bermaruah adalah bangsa yang akan buat apa saja sesuka hati tanpa berfikir jauh. Adakah visi ini yang Dong Zong mahu?

Saya yakin bangsa Cina di Malaysia yang sudah lama berjaya membuktikan ketahanan survival yang begitu tinggi sebagai minoriti tidak mudah menerima bulat-bulat 'fatwa hantu' Dong Zong ini!

Macam-macam alasan primitif diberikan. Alasan paling primitif ialah jawi berlandaskan huruf-huruf al-Quran maka Islamisasi wujud dalam jawi seolah-olah jawi berhantu.

Inilah hujah yang paling lawak. Adakah ia satu indikator kemunduran pemikiran pendidikan sekolah vernakular di bawah tangan Dong Zong?

Hujah lawak ini mengingatkan saya tentang nenek moyang Melayu zaman purbakala di mana bahasa Inggeris dianggap bahasa Kafir Harbi!

Artikel Berkaitan:

Ia bahasa yang dikaitkan dengan Bible dan ideologi liberalisme! Siapa belajar Inggeris adalah liberal dan Kristian!

Tetapi bangsa Melayu sudah melangkaui zaman purba ini. Sekarang orang Melayu bukan sekadar mengajar bahasa Inggeris, tetapi mengajar Mandarin dan Bible sekali!

Pelajar-pelajar Melayu beli Bible untuk memahami isi kandungannya. Bahkan ada yang beli Das Kapital oleh Karl Marx! Yang hebatnya ialah Melayu ini makin tambah iman!

Saya nak tanya sejauh mana ahli-ahli Dong Zong fasih berbahasa Melayu? Sejauh mana mereka berani baca al-Quran seperti Melayu membaca Bible? Saya tergelak dengan kenyataan rasmi Dong Zong dalam bahasa Melayu yang berbunyi Google Translate!

Fobia tulisan jawi

Saya nak tanya berapakah ilmuwan dan profesor Cina bukan Muslim di Malaysia yang arif tentang al-Quran sebagaimana begitu ramai orientalis Barat mahir tentang Islam?

Usah bandinglah dengan Barat. Jauh sekali. Cuba bandingkan dengan jumlah ilmuwan Melayu yang arif tentang Bible! Saya kenal seorang pemandu Grab Melayu yang sudah baca habis satu Bible tapi dia tetap seorang Muslim yang baik!

Dong Zong tidak mampu bina tamadun dengan sikap katak di bawah tempurung. Fobia takut jawi seperti takut hantu tak akan berjaya membina budaya tamadun dalam kalangan kaum Cina.

Sekolah vernakular bukan sekadar akan menjadi semakin rasis kalau taksub buta pada Dong Zong tetapi akan melahirkan generasi Cina yang hanya ber-mindset konsumerisme, tak mahu kenal budaya lain dan takut hantu!

Cina akan jauh ketinggalan daripada budaya Melayu yang makin melangkah ke arah ketamadunan multikultural.

Memang jawi adalah hasil pengaruh Islamisasi sebagaimana huruf Roman adalah hasil kolonialisme, Kristianisasi dan sekularisasi.

Kalau nak benar-benar bebaskan satu bahasa daripada sebarang unsur keagamaan, perlulah dibuang semua perkataan Sanskrit dalam bahasa Melayu juga kerana wujud pengaruh Hindu!

Perkataan 'zhidao' dalam bahasa Cina pun kena buang kerana karakter Dao adalah nama agama Daoisme! Perkataan Melayu 'tahu' juga kelihatan seperti berasal daripada perkataan agama Dao. Maka perlu dibuang juga.

Kesimpulannya, ciptalah satu bahasa baru yang bebas mutlak daripada sebarang pengaruh agama?

Ketamadunan bermula bila manusia tidak takut dengan hantu rekaan sendiri. Angka empat tidak berhantu.

Yang berhantu ialah ketaksuban pada sebuah institusi yang bukan sekadar bodoh sombong tetapi tidak bermaruah dan tidak bertamadun.