Sultan Selangor berkenan serah sendiri duit raya

Sultan Sharafuddin turut berkenan memulakan majlis dengan menyerahkan sendiri sampul duit raya kepada penerima sebelum berbuka puasa.
Sultan Sharafuddin turut berkenan memulakan majlis dengan menyerahkan sendiri sampul duit raya kepada penerima sebelum berbuka puasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini pada Rabu.

Turut berkenan berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Lebih bermakna, Sultan Sharafuddin turut berkenan memulakan majlis dengan menyerahkan sendiri sampul duit raya kepada penerima sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat secara berjemaah.

Sultan Sharafuddin berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada Rabu.
Sultan Sharafuddin berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada Rabu.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan memaklumkan, baginda berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada seramai 489 asnaf dari daaerah Petaling dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM244,500.

Dalam majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat iaitu Sime Darby Property Berhad berjumlah RM2 juta dan Celcom Digi Berhad sebanyak RM1.36 juta.

"Seterusnya baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama rakyat," menurut JAIS dalam kenyataan tersebut pada Rabu.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Datuk Seri Amirudin Shari.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28