[VIDEO] Suami isteri ditahan bawa wang tunai RM2.9 juta tanpa isytihar

A
A
A

JOHOR BAHRU – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan sepasang suami isteri warga tempatan selepas menemui wang tunai berjumlah RM1.97 juta dan S$300,000 yang dipercayai cuba dibawa ke Singapura tanpa diisytiharkan.

Wang tunai berjumlah RM1.97 juta dan S$300,000 dirampas AKPS selepas ditemukan dalam kenderaan dinaiki pasangan suami isteri di BSI, Johor Bahru.
Wang tunai berjumlah RM1.97 juta dan S$300,000 dirampas AKPS selepas ditemukan dalam kenderaan dinaiki pasangan suami isteri di BSI, Johor Bahru.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pasangan berusia 41 dan 42 tahun itu ditahan ketika melalui pemeriksaan di zon pemeriksaan kenderaan menghala ke Woodlands, di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, pada jam 11.40 pagi pada Selasa

Menurutnya, pasangan terbabit menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor pendaftaran tempatan sebelum kenderaan itu diperiksa tiga pegawai AKPS.

Pasangan terbabit menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor pendaftaran tempatan sebelum kenderaan itu diperiksa tiga pegawai AKPS.
Pasangan terbabit menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor pendaftaran tempatan sebelum kenderaan itu diperiksa tiga pegawai AKPS.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan selepas pemandu menunjukkan kelakuan mencurigakan ketika disoal dan diarahkan membuka ruang penyimpanan barang serta tempat duduk penumpang untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui wang tunai RM1,971,697 dan S$300,000 yang disimpan di dalam tiga kotak, sebuah beg galas hitam dan sebuah beg kertas,” katanya pada sidang akhbar di AKPS Bangunan Sultan Iskandar pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir (tengah) ketika sidang media.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir (tengah) ketika sidang media.

Mohd Nasaruddin memberitahu, pasangan ahli perniagaan itu bergerak dari Johor menuju ke Woodlands, dipercayai bagi tujuan bercuti, namun tujuan sebenar wang tunai berkenaan dibawa ke Singapura masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Alasan wang berkenaan tidak diisytiharkan masih dalam siasatan pihak berkaitan, termasuk pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pasangan suami isteri ditahan selepas gagal mengisytiharkan wang tunai berjumlah jutaan ringgit ketika pemeriksaan di laluan keluar ke Woodlands, Singapura.
Pasangan suami isteri ditahan selepas gagal mengisytiharkan wang tunai berjumlah jutaan ringgit ketika pemeriksaan di laluan keluar ke Woodlands, Singapura.

“Setakat semakan awal, tiada rekod penyelewengan dikesan melibatkan pasangan terbabit,” katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, wang tunai dan kenderaan yang digunakan ditahan serta disita sebelum diserahkan kepada JKDM untuk tindakan lanjut.

Wang tunai dan kenderaan yang digunakan ditahan serta disita sebelum diserahkan kepada JKDM untuk tindakan lanjut.
Wang tunai dan kenderaan yang digunakan ditahan serta disita sebelum diserahkan kepada JKDM untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pasangan berkenaan akan direman pada Rabu dan kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan 55(1)(b), Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

“Individu yang membawa wang tunai melebihi had ditetapkan melebihi nilai bersamaan $ASD 10,000 (kira-kira RM40,000 wajib membuat pengisytiharan kepada pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada tindakan undang-undang,” katanya.

Tambahnya, AKPS komited memperketatkan kawalan di semua pintu masuk negara bagi membanteras pelanggaran undang-undang yang boleh menjejaskan keselamatan serta hasil negara.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!