Banyak kegagalan sebabkan pesawat Ukraine ditembak

Keadaan pesawat Ukraine yang ditembak jatuh oleh Iran minggu lalu. - Foto AFP
Keadaan pesawat Ukraine yang ditembak jatuh oleh Iran minggu lalu. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Penganalisis kanan untuk sistem misil di Teal Group, Steven Zaloga menyifatkan, banyak kegagalan yang menyebabkan Iran menembak jatuh pesawat Ukraine secara tidak sengaja.

"Terdapat beberapa masalah dalam insiden itu. Tragedi itu juga menunjukkan metodologi dan teknologi telah gagal," katanya.

Zaloga berkata, penerbangan awam tidak sepatutnya dibiarkan beroperasi terutamanya selepas serangan Teheran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

"Peluru berpandu SA-15 Tor yang digunakan dalam insiden tembak jatuh pesawat mempunyai sistem bimbingan yang direka untuk kegunaan di zon perang dan tidak dapat membezakan antara pesawat penumpang, misil dan pesawat tentera lain dengan mudah.

"Oleh itu, negara yang menggunakan Tor biasanya menghubungkannya dengan sistem perintah pertahanan udara lebih luas yang mampu menjejaki pesawat awam," katanya.

Dalam situasi itu, tentera yang mengendalikan misil tidak sepatutnya melepaskan tembakan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa lebih tinggi. - Agensi

Artikel Berkaitan: