Boehly minta penyokong Chelsea percaya kepada proses

Chelsea hanya mampu seri 2-2 dengan Burnley dalam aksi EPL baru-baru ini. - Foto: EPA
Chelsea hanya mampu seri 2-2 dengan Burnley dalam aksi EPL baru-baru ini. - Foto: EPA
A
A
A

TODD Boehly tampil bersuara merayu kesabaran daripada peminat Chelsea untuk terus mempercayai proses yang sedang berlaku di kelab itu dan tetap yakin pembelian mega mereka sebelum ini akan membuahkan hasil.

Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino suka menggunakan sidang akhbarnya untuk menyeru penyokong supaya mempercayai 'proses' itu dan Boehly mengulangi sentimen itu dalam temu bual yang jarang berlaku ketika pasukan itu seri 2-2 menentang Burnley baru-baru ini.

Menggunakan majalah Forbes untuk bercakap dan bukannya saluran rasmi kelab, Boehly yang merupakan pemilik Chelsea berkata proses tersebut harus dibiarkan berkembang dan akan menjadi matang satu hari nanti.

"Kami hanya perlu membiarkan proses itu berkembang dan memberi mereka masa untuk pemain menyerlah dan bakal menjadi pasukan yang hebat.

"Saya faham penyokong kecewa dengan pasukan dan pemilik. Saya faham, tetapi kita hanya perlu meneruskannya," katanya.

Chelsea akan menentang Manchester United di Stamford Bridge pada Jumaat dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketika ini, Chelsea berada di kedudukan ke-12 dalam EPL dengan saingan liga berbaki sembilan perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: