Rakyat tanggung kos tinggi sekiranya sistem pengangkutan tidak efisien

Kon Yeow
Kon Yeow
A
A
A

GEORGE TOWN - Rakyat terpaksa menanggung kos lebih tinggi sekiranya sekiranya Projek Transit Aliran Ringan (LRT) tidak dilaksanakan di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, masalah sama juga terpaksa dihadapi oleh penduduk di negeri ini sekiranya Pulau Pinang tidak mempunyai sistem pengangkutan awam dan jalan raya yang efektif dan efisien.

Menurutnya, walaupun projek LRT tidak dapat menyelesaikan 100 peratus isu kesesakan lalu lintas di seluruh Pulau Pinang, tetapi ia merupakan satu permulaan kepada pelbagai komponen projek lain seperti yang dirancang di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

“Ini merupakan satu usaha untuk memastikan pada masa-masa akan datang, rakyat tidak perlu menganggung kos dan menghabiskan masa sehingga ribuan jam di jalan raya hanya kerana tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,” katanya pada sidang akhbar di sini, pada Isnin.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu dibangkitkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempersoalkan kos pembinaan LRT di negeri ini yang didakwa amat tinggi selain bakal merosakkan alam sekitar.

Mengulas lanjut, Kon Yeow menyatakan bahawa kos sebenar bagi projek pembinaan LRT di negeri ini hanya akan diketahui setelah Permintaan untuk Cadangan (RFP) dan perjanjian dimuktamadkan kelak.

“Saya percaya kos akan ditetapkan selepas aspek reka bentuk, sistem dan jenis kereta api dimuktamadkan, tetapi mungkin melebihi RM10.5 bilion seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Jadi setakat ini, kita hanya melihat kepada angka yang telah diluluskan untuk projek ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: