Gaji lebih tinggi melalui Dasar Gaji Progresif

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SETIAP kali berbicara perihal gaji, pasti ramai rakyat Malaysia yang merasakan bahawa pendapatan diperoleh itu tidak setimpal dengan kerja dilakukan.

Bukan itu sahaja, isu memperjuangkan gaji selayaknya diterima oleh rakyat Malaysia bukan suatu perkara baharu dibangkitkan sebaliknya masalah yang tidak menemui titik noktah.

Bagaimanapun, hal berkenaan telah menjadi perhatian dan keutamaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melaksanakan Dasar Gaji Progresif untuk meningkatkan gaji penengah pekerja.

Bukan itu sahaja, ia juga sekali gus meningkatkan kadar bahagian pampasan pekerja (CE), dalam tempoh berbaki Rancangan Malaysia ke-12 serta tempoh 10 tahun akan datang.

Apabila dilihat semula usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini, ia memberi bayangan bahawa sektor-sektor utama negara akan mula membayar gaji pekerja pada kadar yang lebih tinggi.

Pelaksanaan dasar tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, malah majikan yang mengikuti inisiatif berkenaan akan turut mendapat kelebihan daripada kerajaan seperti menerima insentif tunai.

Pada Khamis, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak 1,000 syarikat bakal mengikuti dasar berkenaan secara sukarela bermula Jun tahun hadapan.

Katanya, kerajaan akan menyediakan insentif tunai antara RM200 dan RM300 bagi setiap pekerja syarikat yang menyertai program tersebut.

Artikel Berkaitan:

Justeru, diharapkan ramai majikan yang turut bersama-sama mengikuti Dasar Gaji Progresif kerana ia bukan sahaja membantu pekerja mendapatkan pendapatan lebih sebaliknya turut memberi semangat kepada mereka dalam melakukan pekerjaan.