Bomba guna Lady, Grouse kesan mangsa lemas

JBPM menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan dua lagi mangsa lemas di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, dekat sini pada Ahad.
JBPM menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan dua lagi mangsa lemas di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, dekat sini pada Ahad.
A
A
A

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan dua lagi mangsa lemas di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, dekat sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, dua ekor anjing yang digunakan bagi mengesan mangsa adalah Lady dan Grouse.

Beliau berkata, dua ekor anjing itu mula memasuki lokasi kejadian tersebut sekitar jam 11.15 pagi.

"Selain menggunakan Lady dan Grouse bagi mengesan mangsa, JBPM turut memperluaskan radius kawasan carian sehingga enam kilometer dari kawasan yang mangsa disyaki terjatuh.

"Pasukan penyelamat dibahagikan kepada tiga pasukan pada hari kedua pencarian pada hari ini (Isnin)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan lima sekeluarga dihanyutkan kepala air, setelah ke lokasi kejadian untuk memancing dan menjala kira-kira jam 3.30 petang.

Dalam kejadian itu, dua beranak bagaimanapun selamat dan seorang dijumpai mati lemas, manakala dua lagi masih belum dijumpai selepas arus deras ketika aktiviti menjala ikan di parit monsun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: