Kekejaman Zionis: 77 rakyat Palestin terkorban dalam 24 jam lalu

Serangan terbaharu Israel mengenai beberapa khemah di dalam Hospital Al-Aqsa, mengorbankan empat orang awam dan mencederakan beberapa orang termasuk lima wartawan. - Gambar fail
Serangan terbaharu Israel mengenai beberapa khemah di dalam Hospital Al-Aqsa, mengorbankan empat orang awam dan mencederakan beberapa orang termasuk lima wartawan. - Gambar fail
A
A
A

GAZA - Serangan Israel membunuh 77 rakyat Palestin di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Serangan kejam Israel berterusan ketika Mesir menjadi tuan rumah kepada delegasi Israel untuk pusingan baharu rundingan dalam usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dengan pemerintah Hamas di Gaza.

Tentera Israel mendakwa telah membunuh seorang pejuang kanan jihad Islam dalam serangan ke atas pusat arahan di Hospital Al-Aqsa di tengah Gaza, namun tidak menyebut nama atau pangkatnya.

Kedua-dua pihak telah meningkatkan rundingan dengan perantara Qatar dan Mesir.

Gencatan senjata cuba dicapai melalui penggantungan serangan Israel selama enam minggu sebagai balasan kepada cadangan pembebasan 40 daripada 130 tebusan yang masih ditahan oleh Hamas di Gaza.

Pada Ahad, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk mengekalkan tekanan ketenteraan ke atas Hamas sambil menunjukkan fleksibiliti dalam rundingan.

Hamas pula mahu menyelesaikan sebarang perjanjian untuk menamatkan perang dan pengunduran tentera Israel.

Perang Gaza telah mencetuskan keganasan yang berlarutan di Tebing Barat mencetuskan pertempuran rentas sempadan dengan Hizbullah Lubnan dan melancarkan pelancaran peluru berpandu terhadap Israel daripada kumpulan pejuang lain yang disokong Iran di Yaman dan Iraq. - Agensi/ Awani

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28