Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Baucar 'Moh Balik Beraya Ke Pahang' di Stadium Titiwangsa. Foto Bernama
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Baucar 'Moh Balik Beraya Ke Pahang' di Stadium Titiwangsa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah pun menyalurkan peruntukan kepada pembangkang.

Wan Rosdy berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih itu berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.

"Nak pertimbang apa, kita memang sudah bagi (peruntukan) kepada pembangkang.

"Mereka tidak ada isu," katanya kepada petugas media Majlis Penyerahan Baucar Jom Balik Raya Anjuran Sekretariat Perantau Anak Pahang di Stadium Titiwangsa pada Ahad.

Pada Sabtu, Dewan Pemuda Pas Pahang menuntut Wan Rosdy untuk menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kepada pembangkang secara adil dan saksama.

Mohd Zarimi berkata, tindakan itu sekali gus mengiktiraf peranan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Beliau berkata sedemikian susulan penularan beberapa klip video yang memaparkan baginda bertitah mengenai perkara tersebut ketika Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar serta Perasmian Masjid Baharu Alor Akar, di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan: