Azli dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu

Mazli (tengah) memakai paku pingat di baju Azli (kiri).
Mazli (tengah) memakai paku pingat di baju Azli (kiri).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Asisten Komisioner Azli Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu berkuat kuasa pada Ahad.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Lipis, Pahang menggantikan Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din yang akan bersara wajib bermula esok.

Majlis serah terima tugas itu diadakan di sebuah dewan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dengan disaksikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan.

Sementara itu, Mazli berkata, pihaknya yakin Azli mampu menggalas tugas itu dengan berusaha memberi khidmat terbaik.

Mazli (tengah) bersama Azli (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu.
Mazli (tengah) bersama Azli (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu.

"Saya yakin dan percaya dengan pengalaman Azli dalam pasukan dan beliau pernah menjadi Ketua Polis Daerah di dua buah daerah di Pahang.

"Beliau akan dapat memacu dan membawa Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu terus cemerlang bagi mencapai visi dan misi Polis Diraja Malaysia khususnya di Kontinjen Terengganu ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Azli yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan mempunyai pengalaman yang luas dan berkhidmat kira-kira 36 tahun dalam pasukan polis.

Antara pengalaman tugas beliau termasuk sebagai Pegawai Penyiasat Narkotik IPD Sentul, Ketua Polis Daerah Rompin dan Ketua Polis Daerah Lipis.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28