Spekulasi ganti Klopp tidak jejas komitmen De Zerbi

De Zerbi (depan, kiri) setia bersama Brighton. Foto: Agensi
De Zerbi (depan, kiri) setia bersama Brighton. Foto: Agensi
A
A
A

PENGENDALI Brighton, Roberto De Zerbi tidak mahu mengambil pusing apabila namanya dikaitkan sebagai pengganti Jurgen Kloop di Liverpool.

Sebaliknya, De Zerbi menegaskan bahawa dia akan memikul tanggungjawab diamanahkan dengan penuh integriti sehingga hujung musim ini.

Menjelang aksi menentang Brighton di Anfield malam nanti, Klopp mengeluarkan kenyataan memuji De Zerbi yang menurutnya berjaya mengubah corak permainan skuad The Seagulls hanya dalam tempoh 18 bulan.

“Saya menghargai kata-kata pujian daripada Kloop tetapi ini tidak bermakna kami akan memberi muka kepada Liverpool.

“Misi kami bawa pulang tiga mata dari Anfield,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pujian dilontarkan Klopp, De Zerbi berkata: “Saya masih mempunyai kontrak bersama Liverpool dan perlu menghormatinya.”

Skuad kendalian De Zerbi sudah meledak 10 gol ke atas Liverpool dalam empat pertemuan di antara mereka.

De Zerbi mengambil alih Brighton pada September 2022 dan membawa pasukan itu ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), pencapaian terbaik mereka dan layak ke Eropah buat pertama kali musim lalu.

Artikel Berkaitan:

Liverpool adalah pasukan pertama dalam tugasan De Zerbi ketika mengambil alih pasukan, dan berjaya mengikat mereka 3-3 serta belum pernah tewas kepada pasukan kendalian Klopp.

Selain Liverpool, pengendalid ari Itali itu turut dikaitkan dengan Bayern Munich dan Barcelona.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28