X

Kindly register in order to view this article
!

Budak OKU disyaki dijangkiti Influenza A meninggal dunia

Faiz Fauzan yang mengalami demam sejak Jumaat lalu meninggal dunia semalam.
A
A

SUBANG JAYA - Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang disyaki dijangkiti Influenza A selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu meninggal dunia semalam.

Ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, 48, berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12, hanya mengalami demam biasa.

"Awalnya saya bawa ke klinik selepas dia demam sejak malam (Jumaat), tapi doktor maklumkan dia hanya alami demam biasa dengan suhu badan 38 darjah Celsius.

"Kemudian kami bawanya ke hospital swasta pada malam Sabtu selepas dia alami sawan dan ketika itu barulah doktor maklumkan dia alami Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dijalankan," katanya.

Katanya, dia dan suami telah mengambil langkah awal, namun perlu reda dengan ketentuan takdir.

"Saya tak pasti macam mana dia terkena jangkitan cuma sebelum ini suami ada alami demam, namun sihat seperti sedia kala selepas mengambil ubat. Jangkitan itu mungkin juga terkena di luar.

"Pesanan saya, jika anak-anak demam lakukan pemeriksaan lanjut. Pihak klinik boleh ambil inisiatif, syorkan kepada pesakit buat ujian darah supaya wabak itu dapat dicegah awal kerana sekarang memang musim Influenza A," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!