Twitter dedah ciri baharu mampu banteras buli siber

Twitter kini sedang menguji ciri baharu tersebut bagi membolehkan pengguna media sosial itu mengehadkan jumlah balasan kepada ciapan di platform itu yang bertujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan dan gangguan di platform berkenaan.

A
A
A

LAS VEGAS - Twitter Inc bakal memperkenalkan ciri terbaru bagi mengawal penggunanya membalas ciapan yang dimuat naik seseorang bagi menghindari pandangan negatif dan kelakuan buli siber di laman sosial tersebut.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh oleh Pengarah Pengurusan Produk Twitter, Suzzane Xie ketika menghadiri sidang Consumer Electronic Show 2020 di Las Vegas, Amerika baru-baru ini.

Twitter kini sedang menguji ciri baharu tersebut bagi membolehkan pengguna media sosial itu mengehadkan jumlah balasan kepada ciapan di platform itu yang bertujuan mengurangkan penyalahgunaan dan gangguan di platform berkenaan.

Antara ciri menarik yang akan muncul ketika seseorang ingin menulis twit (ciapan) dan sebelum menekan butang hantar, sebuah menu akan muncul bagi menentukan siapa yang boleh berinteraksi dan menulis komen pada ciapan tersebut.

Menu tersebut yang dikenali sebagai 'Coversation Participants' akan muncul pada kotak Compose dan dari situ pengguna boleh memilih siapa sahaja untuk membalas ciapan yang ditulis.

Twitter Inc bakal memperkenalkan ciri terbaharu bagi mengawal penggunanya membalas ciapan yang dimuat naik seseorang bagi menghindari pandangan negatif dan kelakuan buli siber dilakukan di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, terdapat empat pilihan bakal diperkenalkan iaitu Global (semua boleh membalas), Group (hanya orang yang diikuti dan disebut dalam twit), Panel (hanya orang yang disebut dalam twit) dan Statement (tidak membenarkan sesiapa pun membalas).

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasinya, Jack Dorsey berkata, langkah terbabit bagi membolehkan persekitaran yang lebih sihat kepada pengguna media sosial itu.

Artikel Berkaitan:

“Kami mahu pengguna berasa lebih selamat untuk berhubung menerusi Twitter dengan mengawal perbualan yang dimulakan mereka,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter syarikat itu.

Ciri terbaru itu akan mula diuji pada pertengahan pertama tahun ini bagi mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi dalam usaha membanteras buli siber.