Momota dijangka keluar wad dalam masa terdekat: Menteri Kesihatan

Zulkefly dan Siti Hasmah tiba di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa di sini hari ini. - Foto KKM
Zulkefly dan Siti Hasmah tiba di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa di sini hari ini. - Foto KKM
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga yang lain dijangka akan dibenarkan keluar daripada wad Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua mangsa didapati tidak mengalami kecederaan serius selepas pemeriksaan imbasan CT (CT scan) dilakukan.

"Insya-ALLAH mereka boleh keluar dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Zulkefly bersama Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka meluangkan masa hampir 45 minit melawat mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu van maut, pemain badminton dunia cedera nahas

Kento Momota dilaporkan stabil

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kento Momota, 26, cedera dalam kemalangan di KM13.7 Lebuhraya Mex menghala ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Kento Momota, 26, cedera dalam kemalangan di KM13.7 Lebuhraya Mex menghala ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Selain Momota, Pegawai Teknikal BWF, Wiliam Thomas, Pembantu Jurulatih Japan BA, Hirayama Yu dan pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian pada 4.40 pagi itu, van dipandu B Nageswarau, 24, yang membawa keempat-empat mereka, melanggar belakang lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

B Nageswarau bagaimanapun maut dalam kejadian itu akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.