Kento Momota dilaporkan stabil

Kento Momota menjuari kategori lelaki perseorangan bersama pingat yang dimenanginya pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Master 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil semalam. - Foto Bernama
Kento Momota menjuari kategori lelaki perseorangan bersama pingat yang dimenanginya pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Master 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil semalam. - Foto Bernama
A
A
A

SERDANG - Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota yang terlibat dalam kemalangan di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX), awal pagi tadi kini dalam keadaan stabil.

Momota dilaporkan patah tulang hidung dan luka pada bahagian bibir serta muka.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, seorang physiotherapy, Hirayama Yu, luka di muka dan kaki sebelah kanan manakala pembantu jurulatih, Marimoto Akifumi pula patah tangan.

"Seorang 'instant review BWF', Foster William Thomas pula luka di bahagian kepala dan menerima tujuh jahitan serta luka di bahagian kaki kanan dan paha," katanya melalui kenyataan media di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu van maut, pemain badminton dunia cedera nahas

Ismadi berkata, dalam kemalangan tersebut pemandu van yang membawa mereka, B Nageswarau meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk.

"Van yang dinaiki mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kuala Lumpur," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: