RISDA promosi Program Tanam Semula Getah

Manndzri bersama kesemua penerima sumbangan pada Majlis Iftar Ramadan Risda di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Khamis. Foto RISDA
Manndzri bersama kesemua penerima sumbangan pada Majlis Iftar Ramadan Risda di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Khamis. Foto RISDA
A
A
A

KOTA TINGGI – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) mempromosikan Program Tanam Semula Getah khusus bagi mana-mana individu yang mempunyai tanah milikan yang tidak diusahakan atau tidak tahu bagaimana untuk mengusahakannya.

Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, program itu secara keseluruhannya bertujuan bagi memastikan tanah milikan berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin terutamanya kepada keluarga tercinta.

Manndzri ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan Risda di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Khamis. Foto RISDA
Manndzri ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan Risda di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Khamis. Foto RISDA

Justeru Ahli Parlimen Tenggara itu berkata, mereka yang berkelayakan diminta hadir ke pejabat RISDA berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai seluruh bantuan disediakan oleh RISDA.

“Melalui Program Tanam Semula Getah, setiap peserta adalah layak untuk menerima pelbagai bantuan termasuklah daripada khidmat nasihat dan latihan, peningkatan pendapatan, bantuan musim tengkujuh sehinggalah kepada bantuan khairat kematian.

“Selain itu, melihatkan kepada harga getah yang semakan positif, inilah peluang yang terbaik kepada semua yang berminat untuk memastikan tanah milikan masing-masing dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.

Manndzri berkata sesuatu kepada tetamu pada Majlis Iftar Ramadan Risda di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Khamis. Foto RISDA
Manndzri berkata sesuatu kepada tetamu pada Majlis Iftar Ramadan Risda di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Khamis. Foto RISDA

Manndzri berkata demikian sempena Majlis Iftar Ramadan Risda di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya di sini, pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Program ini merupakan program khidmat sosial (CSR) yang dianjurkan RISDA bagi menyantuni dan meraikan warga setempat.

Melalui program berkenaan, semua pihak dapat berkumpul dan beramah mesra sesama kita dalam mewujudkan komuniti yang harmoni selaras dengan Aspirasi Desa Madani.

Dalam pada masa yang sama, RISDA melalui Yayasan RISDA turut berbesar hati menyampaikan sumbangan berjumlah RM11,000 bagi memberikan kegembiraan serta meringankan beban penerima sumbangan dimulai dengan sumbangan bernilai RM2,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur (RM2,000), Madrasah Tahfiz Al-Akbar (RM2,000), anak-anak yatim dan tahfiz seramai 30 orang dengan nilai RM100 setiap seorang serta penyampaian bakul makanan kepada 20 asnaf dengan nilai RM100 setiap seorang.

Sementara itu Manndzri berkata, selaku agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), RISDA juga secara tidak langsung bertanggungjawab dalam menyokong pembangunan masyarakat luar bandar menerusi program-program salah satunya melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Yayasan RISDA merupakan syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings yang bertindak sebagai penyelaras serta pelaksana aktiviti CSR RISDA yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi dan menyokong kepada keperluan asas masyarakat luar bandar.

“Ini dilakukan melalui penyediaan insentif atau dana bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan kurang berkemampuan, kelainan upaya, anak yatim serta pelbagai golongan yang memerlukan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28