MR D.I.Y. PLUS perkenal konsep antarabangsa

Adrian (tiga dari kiri) ketika majlis pembukaan MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di sini pada Jumaat.
Adrian (tiga dari kiri) ketika majlis pembukaan MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di sini pada Jumaat.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y) memperkenalkan konsep antarabangsa untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menarik kepada pelanggan sempena pembukaan premis baharunya iaitu MR D.I.Y PLUS di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara di sini pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MR D.I.Y, Adrian Ong berkata, pihaknya mendapat inspirasi daripada beberapa ikon antarabangsa terkenal seperti Dubai Miracle Garden di Emiriah Arab Bersatu (UAE), belon udara panas Turkiye di Cappadocia dan hiasan Hari Raya Aidilfitri yang terkenal di Timur Tengah.

Adrian (tengah) ketika majlis pembukaan MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di sini pada Jumaat.
Adrian (tengah) ketika majlis pembukaan MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di sini pada Jumaat.

"Ini adalah MR D.I.Y PLUS bertema pertama kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menarik dan berwarna-warni untuk menggembirakan para pelanggan.

"Kami tahu bahawa rakyat Malaysia gemar melancong dan mengambil gambar, jadi kami mencipta premis yang mempamerkan keindahan beberapa tempat ikonik di dunia untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah buat para pelanggan dan memberi lebih keseronokan buat mereka.

"Premis yang berkeluasan lebih 23,000 kaki persegi ini menampilkan beberapa ciri unik termasuk dinding interaktif, sudut eko, ruang acara untuk bengkel dan aktiviti, serta sudut yang direka bentuk secara kreatif sesuai untuk foto di Instagram," katanya ketika berucap sempena majlis pembukaan MR D.I.Y. PLUS di sini.

Hadir sama, Ketua Pemasaran MR D.I.Y, Alex Goh dan tetamu kehormat yang lain.

Adrian (tengah) ketika majlis pembukaan MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di sini pada Jumaat.
Adrian (tengah) ketika majlis pembukaan MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Adrian berkata, sempena pembukaan rasmi cawangan baharu itu, pihaknya juga mengadakan beberapa siri aktiviti dan permainan seperti Matching Game, Pin Puzzle serta Super Bowling bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Menurutnya, MR D.I.Y PLUS turut menawarkan promosi sehingga 50 peratus bagi barangan terpilih dan menampilkan rangkaian penuh peralatan jenama EMTOP.

“Mutiara Damansara merupakan kawasan kediaman yang kukuh dengan minda membeli-belah matang. Para penduduk di sini sudah pasti menghargai pelbagai keperluan harian serta nilai yang kami tawarkan untuk belanja isi rumah mereka dengan ruang yang selesa, ceria dan mesra.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pengurusan IPC Shopping Centre yang bekerjasama dengan kami untuk merealisasikan visi ini.

"Pada penghujung hari, kami mahu para pelanggan terhibur, berseronok, mempelajari sesuatu, dan mendapat inspirasi semasa membeli-belah untuk keperluan harian sesuai dengan slogan ‘Always Low Prices’," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!