Warga China dihukum penjara lima bulan simpan bahan lucah

Kesemua tertuduh diiring polis ketika hadir ke mahkamah.
Kesemua tertuduh diiring polis ketika hadir ke mahkamah.
A
A
A

SEREMBAN - Lima lelaki warga China dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menyimpan bahan lucah untuk tujuan pengedaran pada minggu lalu.

Majistret, Syed Farid Syed Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Jiang Lidong, 32; Chen Shaoyi, 26; Lin Zehong, 27; Wang Longxing, 36 dan Chen Jinjiang, 34, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin.

Enam lelaki warga China didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menyimpan bahan lucah untuk tujuan pengedaran pada minggu lalu.
Enam lelaki warga China didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menyimpan bahan lucah untuk tujuan pengedaran pada minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, didapati dalam milikan mereka bahan lucah yang disimpan dalam bentuk gambar dan video bagi maksud pengedaran dalam peranti lima unit telefon bimbit dan satu set komputer riba.

Kesalahan itu dilakukan pada 20 Mac 2024, jam 1 tengah hari di sebuah rumah di Garden City Homes di Seremban 2.

Berikutan itu, mereka didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama.

Bagaimanapun seorang lagi tertuduh warga Cina iaitu Lin Chaojin, 28, yang turut berdepan pertuduhan itu tidak mengaku bersalah.

Selain itu, kesemua tertuduh pada tarikh dan di lokasi sama dengan tujuan untuk melakukan pakat jahat jenayah, telah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang iaitu menjalankan penipuan dalam talian yang bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 120A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120B akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Majistret, Nurul Saqinah Rosli menetapkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat penjamin merupakan dua rakyat negara ini serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Selain itu, Lin Chaojin turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama kerana berada di negara ini tanpa pas yang sah.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin rakyat negara ini serta pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula bagi kesemua kes ialah pada 13 Mei ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Pusppa dan Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Ikram Abd Halim.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28