Lapan kenderaan terlibat kemalangan

Lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Pasir Gudang berhampiran susur ke Taman Rinting, pada Khamis. Foto BBP Pasir Gudang
Lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Pasir Gudang berhampiran susur ke Taman Rinting, pada Khamis. Foto BBP Pasir Gudang
A
A
A

PASIR GUDANG – Lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Pasir Gudang berhampiran susur ke Taman Rinting, pada Khamis.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Anuar Abdullah, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 11.43 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan berkenaan satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera dengan enam anggota bomba telah dihantar ke lokasi.

Kesemua mangsa telah keluar dari kenderaan dan dalam keadaan selamat. Foto BBP Pasir Gudang
Kesemua mangsa telah keluar dari kenderaan dan dalam keadaan selamat. Foto BBP Pasir Gudang

“Setibanya PKO di lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan lapan kenderaan termasuk satu lori tanker jenis FUSO, dua kenderaan pacuan empat roda jenis Triton, lori satu tan, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mazda CX5 dan tiga kereta, Perodua Viva, Honda City dan Mini Cooper.

“Ketika PKO tiba, kesemua mangsa telah keluar dari kenderaan dan dalam keadaan selamat,” katanya.

PKO kemudiannya melakukan tindakan operasi dengan membuat pemeriksaan di kawasan kejadian bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Operasi ditamatkan pada 12.26 tengahari.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!