JAS Selangor keluar lapan kompaun bernilai RM16,000

Anggota penguat kuasa JAS melakukan pemeriksaan di 11 premis pembuatan.
Anggota penguat kuasa JAS melakukan pemeriksaan di 11 premis pembuatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengeluarkan lapan kompaun berjumlah RM16,000 dalam Operasi Gempur 3.0: Ops Sahur di sekitar negeri ini pada Rabu.

JAS dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi itu bagi menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan memastikan pematuhan premis di negeri Selangor.

"Operasi yang bermula jam 12 tengah malam berakhir sekitar jam 3 pagi melibatkan seramai 44 anggota penguat kuasa JAS dengan melakukan pemeriksaan di 11 premis pembuatan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam dan berakhir sekitar jam 3 pagi melibatkan seramai 44 anggota penguat kuasa JAS
Operasi bermula jam 12 tengah malam dan berakhir sekitar jam 3 pagi melibatkan seramai 44 anggota penguat kuasa JAS

"Secara keseluruhannya, lima premis didapati patuh manakala enam premis didapati tidak patuh. Beberapa tindakan penguatkuasaan diambil ke atas ketidakpatuhan iaitu pengeluaran lapan kompaun berjumlah RM16,000 dan tujuh Notis Arahan," menurut JAS dalam kenyataan itu di laman Facebooknya pada Khamis.

Menurut agensi penguatkuasaan itu, JAS Selangor terus komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa mengambil kira waktu bagi mencegah pencemaran alam sekitar.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28