Sembilan individu dijangkiti influenza A dan B di Terengganu

Gambar hiasan - Foto 123RF (Gambar kecil: Nor Azmi)
Gambar hiasan - Foto 123RF (Gambar kecil: Nor Azmi)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai sembilan individu dijangkiti kluster kes penyakit serupa influenza atau Influenza Like Illness (ILI) di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu didapati lima kes positif influenza A dan tiga kes positif influenza B.

Katanya, pada peringkat awal dua kes dikesan berlaku pada 5 dan 7 Januari lalu di daerah Setiu.

"Kedua-dua kluster ini melibatkan dua keluarga berbeza. Seramai sembilan individu dari usia tiga hingga 38 tahun dilaporkan dijangkiti influenza bagi kluster tersebut.

"Kesemua kes telah disahkan oleh fasiliti swasta dan diberi rawatan tamiflu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, keadaan kesemua kes bagi kluster ILI adalah stabil.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu akan terus memantau keadaan ini.

"Orang awam dinasihatkan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan serta patuh kepada etika batuk dan bersin.

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga dinasihatkan segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan manakala bagi golongan berisiko dinasihatkan mendapatkan vaksin influenza di klinik swasta," katanya.