ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit

ASB 2 turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah sebanyak RM0.67 bilion yang memanfaatkan 552,297 pemegang unit.
ASB 2 turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah sebanyak RM0.67 bilion yang memanfaatkan 552,297 pemegang unit.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengisytiharan pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Menurut kenyataan oleh PNB pada Khamis, ASB 2 turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah sebanyak RM0.67 bilion yang memanfaatkan 552,297 pemegang unit.

ASM mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM1.33 bilion,iaitu bersamaan 4.75 sen seunit kepada 699,807 pemegang unit dengan pegangan 28.05 bilion unit. Sehingga 25 Mac 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta, manakala ASM mencatatkan RM1,416.01 juta.

Menurut PNB, ASB terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas untuk ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: