Tiga sindiket scam masuk 'jerat' polis

Antara barang kes yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan dalam serbuan di ibu negara, baru-baru ini.
Antara barang kes yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan dalam serbuan di ibu negara, baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan tiga sindiket penipuan dalam serbuan berasingan di ibu negara, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes pertama membabitkan serbuan sindiket penipuan dalam talian pada 19 Mac di sebuah premis kediaman di Segambut yang dipercayai menjalankan aktiviti pusat panggilan penipuan.

Menurutnya, seramai lima warga tempatan termasuk dua wanita berusia lingkungan 24 hingga 28 tahun yang berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan telah ditahan sebelum dituduh pada 22 Mac lalu di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan.

Ramli
Ramli

"Polis telah merampas 13 unit telefon bimbit, dua unit laptop, dua unit router, satu set kunci rumah dan sebuah kenderaan jenis Toyota Supra.

"Siasatan mendapati sindiket ini merupakan sebahagian daripada ‘unit kewangan’ yang menguruskan akaun-akaun bank 'mule' Singapura yang digunakan untuk aktiviti penipuan dalam talian," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Beliau berkata, sindiket ini berperanan mendapatkan akaun 'mule' atau keldai akaun dari Singapura dan seterusnya memindahkan wang yang dimasukkan ke akaun tersebut ke akaun 'mule' yang lain.

Dalam kes berlainan, JSJK berjaya menumpaskan sindiket penipuan perniagaan menerusi serbuan pada 25 Mac di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Dedahnya, seramai 19 individu terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita warga tempatan serta enam lelaki dan lima wanita warga China berusia dalam lingkungan umur 22 hingga 55 tahun telah ditahan.

Antara barang kes yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan dalam serbuan di ibu negara, baru-baru ini.
Antara barang kes yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan dalam serbuan di ibu negara, baru-baru ini.

"Kita telah terima laporan daripada seorang lelaki warga Taiwan yang mendakwa telah ditipu selepas dipelawa rakannya menerusi Wechat pada Januari lalu untuk menyertai skim perniagaan jual beli barangan secara atas talian melalui Syarikat Amazon Joint Operation.

"Mangsa diyakinkan perniagaan tersebut adalah cawangan daripada syarikat Amazon di Amerika Syarikat dengan keuntungan 10 peratus seminggu daripada jumlah wang yang dilaburkan sebelum melabur sejumlah USDT 70,000 (RM331,000) ke dalam akaun e-wallet yang diarahkan," katanya.

Namun, kata Ramli, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan.

Bagi kes lain, Ramli memberitahu, pihaknya berjaya menumpas sindiket pusat panggilan penipuan di sebuah premis di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

"Tujuh warga tempatan dan lima warga China berjaya diberkas dengan rampasan empat komputer riba, satu Ipad, tujuh telefon bimbit, satu modem, satu router, satu kad akses rumah dan satu kunci rumah.

"Sindiket yang beroperasi di unit berkenaan lebih kurang sebulan lalu disyaki terlibat dengan penipuan pelaburan secara dalam talian menggunakan platform X dan Discord yang mensasarkan warga China," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28