SAJI lancar produk baharu

Ketua Pemasaran Delima Oil Products Sdn Bhd, Fatin Sarjat (tengah) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada salah seorang ahli keluarga asnaf.
Ketua Pemasaran Delima Oil Products Sdn Bhd, Fatin Sarjat (tengah) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada salah seorang ahli keluarga asnaf.
A
A
A


SHAH ALAM - Memeriahkan lagi suasana Aidilfitri ini, FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi jenama SAJI memasarkan dua produk terbarunya iaitu SAJI Ketupat Mini dan SAJI Sup Bunjut semasa Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf pada Rabu.

Menariknya, SAJI Ketupat Mini sangat istimewa mempunyai tekstur ketupat yang padat dan lembut dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi serta tiada kandungan bahan pengawet mahupun pewarna tiruan.

Setiap satu bungkusan SAJI Ketupat Mini mengandungi 30 ketupat yang mempunyai berat bersih 20 gram.

Sementara itu, SAJI Sup Bunjut pula memberi kelainan berbanding jenama yang lain kerana ia didatangkan dengan dua bunjut dalam setiap peket.

No Image Caption



Dengan dua bunjut tersebut, ia dijamin mampu menaikkan aroma yang menyelerakan serta menjadikan sup lebih pekat dengan rasa yang luar biasa.

Terdapat tiga variasi yang berbeza iaitu SAJI Sup Bunjut, SAJI Sup Bunjut Ayam dan SAJI Sup Bunjut Tulang.

Kedua-dua produk baharu berkenaan sudah pastinya menjadi pilihan pengguna kerana kualiti produk yang menepati cita rasa sebenar.

Artikel Berkaitan:


Kini, SAJI Ketupat Mini dan SAJI Sup Bunjut sudah pun mula berada di pasar raya terpilih seperti Giant, AEON BiG, Econsave, ST Rosyam Mart dan kedai-kedai runcit dengan harga yang berpatutan.