Sedia hadiah, aktiviti menarik santuni 2,000 pengunjung

Inisiatif yang diambil oleh Pharmacore tersebut bagi berkongsi rezeki dengan memberikan makanan dan produk kepada orang ramai sempena kempen Teruskan Langkah Baikmu.
Inisiatif yang diambil oleh Pharmacore tersebut bagi berkongsi rezeki dengan memberikan makanan dan produk kepada orang ramai sempena kempen Teruskan Langkah Baikmu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pharmacore Technology and Innovation (Pharmacore) menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik bertujuan menyantuni lebih 2,000 pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 bermula 25 hingga 29 Mac ini.

Duta Wardah Beauty, Dayah Bakar berkata, inisiatif yang diambil tersebut bagi berkongsi rezeki dengan memberikan makanan dan produk kepada orang ramai sempena kempen Teruskan Langkah Baikmu.

DAYAH
DAYAH

"Selain berbuka puasa sama, kita sediakan hadiah sebanyak 300 setiap hari. Kita nak pastikan semua orang berpeluang menggunakan produk daripada Paragon dan menyediakan air balang secara percuma untuk berbuka.

"Kalau ikut sunnah, kita kena berbuka puasa dengan benda manis. Jadi kami sediakan air manis yang berwarna-warni kepada pengunjung. Sementara tunggu azan, kita selitkan segmen kuiz berkaitan Ramadan dan produk Wardah," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebahagian daripada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf bersedia untuk berbuka puasa.
Sebahagian daripada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf bersedia untuk berbuka puasa.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Tambah beliau, penganjuran program seperti ini merupakan satu inisiatif yang sangat bagus kerana dapat mengumpulkan ramai orang dan memberi makanan berbuka secara percuma.

Artikel Berkaitan:

Para pengunjung membuat pendaftaran untuk menerima cenderahati daripada Wardah Beauty.
Para pengunjung membuat pendaftaran untuk menerima cenderahati daripada Wardah Beauty.

Ujar Dayah, ganjaran pahala bagi mereka yang membuat sumbangan sama seperti mereka menerima makanan dan minuman tersebut.

"Aktiviti seperti ini membantu mengeratkan lagi hubungan sesama umat Islam. Yang sudah saling mengenali akan lebih rapat dan bagi mereka yang tidak mengenali antara satu sama lain, boleh berkawan.

"Harap program berbuka puasa dan kolaborasi ini akan dikekal dan diteruskan lagi pada masa akan datang, mungkin boleh dianjurkan di tempat lain juga," katanya.