Iftar Ala Madinah@Karangkraf bawa mesej positif kepada syarikat lain

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf membawa satu mesej positif kepada syarikat lain untuk menyelitkan pengisian rohani sementara menunggu waktu berbuka.

Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali PU Amin berkata, perkongsian ilmu agama menerusi tazkirah ringkas dan pemberian cenderamata kepada pengunjung merupakan inisiatif yang bagus untuk dicontohi.

PU AMIN
PU AMIN

"Ahamdulillah, saya bersyukur apabila berkesempatan untuk hadir dan berkumpul dengan pengunjung lain kerana waktu sebelum berbuka merupakan masa yang berkat untuk umat Islam.

"Lebih-lebih lagi dengan pengisian aktiviti bermanfaat seperti tazkirah, pemberian cenderamata, makanan dan air percuma kepada pengunjung. Paling penting, program ini mengajar kita untuk tidak membazir," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pharmacore Technology and Innovation (Pharmacore) melalui jenama Wardah, Kahf dan Emina Cosmetics menyediakan 1,500 cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 bermula 25 hingga 29 Mac ini.

Setiap hari seramai 2,000 pengunjung akan hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang turut disertai Pharmacore.
Setiap hari seramai 2,000 pengunjung akan hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang turut disertai Pharmacore.

Artikel Berkaitan:

Tambah PU Amin, program berkenaan dianggap sebagai salah satu inisiatif terbaik untuk mengelakkan pembaziran kerana setiap kuantiti makanan telah ditetapkan mengikut jumlah pengunjung berdaftar.

Ujarnya, inisiatif berkenaan boleh dijadikan contoh kepada syarikat atau organisasi lain supaya boleh mengelakkaan daripada berlakunya pembuangan makanan begitu sahaja.

Pemberian cenderahati oleh Emina kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf menambahkan lagi daya tarikan program berkenaan.
Pemberian cenderahati oleh Emina kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf menambahkan lagi daya tarikan program berkenaan.

Dalam pada itu, wakil Emina, Amanda Emil Khairul Amry berkata, walaupun kali pertama menyertai program seperti ini tetapi dia sangat teruja dengan sambutan yang sangat meriah daripada pengunjung.

AMANDA EMIL
AMANDA EMIL

"Sebelum 6 petang orang ramai sudah mula memenuhi reruai Kahf, Wardah Beauty dan Emina Cosmetics untuk mendapatkan produk daripada kami.

"Lebih mengujakan apabila kesemua cenderamata dan air balang percuma yang disediakan habis dalam masa 40 minit sahaja.

"Saya harap program dan kolaborasi ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," ujar Amanda Emil.

Pasangan pengunjung warga emas ini juga ceria apabila menerima cenderahati daripada Kahf.
Pasangan pengunjung warga emas ini juga ceria apabila menerima cenderahati daripada Kahf.