Biskut raya serendah RM13 sebalang

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya sewaktu zaman kanak-kanaknya, mendorong Norazlina menjual pelbagai jenis biskut raya serendah RM13 sebalang.
Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya sewaktu zaman kanak-kanaknya, mendorong Norazlina menjual pelbagai jenis biskut raya serendah RM13 sebalang.
A
A
A

JEMPOL - Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai jenis biskut raya serendah RM13 sebalang.

Norazlina Sobri, 44, anak peneroka Felda Lui Selatan berkata, tidak pernah menyesali akan keputusannya itu berikutan niatnya mahu orang ramai dapat merasai pelbagai manisan biskut.

"Saya bukan lahir dalam kalangan orang senang, kalau nak makan biskut ataupun manisan tidak mampulah waktu itu.

"Jadi saya ambil keputusan jual dengan harga berpatutan yang mana sebelum ini RM10 sebalang dan dijual dengan harga RM13 hingga RM15 bermula tahun lalu membabitkan 23 jenis biskut antaranya tart nanas, biskut coklat cip, semperit dan florenta," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Biskut raya Norazlina serendah RM13 sebalang.
Biskut raya Norazlina serendah RM13 sebalang.



Biskut raya Norazlina serendah RM13 sebalang.
Biskut raya Norazlina serendah RM13 sebalang.

Anak ketiga daripada tujuh beradik ini memulakan perniagaannya sejak tujuh tahun lalu dengan tiga tahun pertama berniaga di Felda Lui Selatan sebelum berpindah menyewa premis di Bandar Seri Jempol.

Menurutnya Norazlina, bagaimanapun mengakui pada awalnya bimbang tidak mendapat sambutan namun percaya dengan rezeki yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Artikel Berkaitan:

"Tahun sebelum ini sepanjang Ramadan saya jual kira-kira 12,000 balang dan tahun ini hanya 10,000 balang sebab jualan saya lihat agak perlahan, tetapi sangkaan saya meleset.

"Ada pertambahan lagi mungkin 2,000 hingga 3,000. Keuntungan pula kalau ikutkan tidaklah banyak mana, namun cukup untuk saya termasuklah membayar upah pekerja serta lain-lain kos selain digunakan untuk menampung perbelanjaan pada bulan-bulan berikutnya," katanya.

Antara biskut raya yang dijual oleh Norazlina.
Antara biskut raya yang dijual oleh Norazlina.

Ujarnya, berpuas hati apabila perniagaannya itu dapat membantu menambah pendapatan golongan ibu tunggal dan penduduk setempat.

"Pekerja tetap saya ada lima orang sahaja, tetapi Ramadan ini ada pertambahan iaitu pekerja sambilan dalam membantu saya menyiapkan biskut raya kerana sepanjang bulan ini premis kami buka bermula jam 7 pagi hingga 4 pagi setiap hari," katanya.

Norazlina (kiri)ketika melayani seorang pelanggannya.
Norazlina (kiri)ketika melayani seorang pelanggannya.

Katanya, berharap perniagaannya itu dapat bertahan lama susulan ia merupakan mata pencarian utama sekeluarganya walaupun berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barang yang tidak menentu kini.

Norazlina menunjukkan biskut raya yang dijualnya.
Norazlina menunjukkan biskut raya yang dijualnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28