Nak kaya boleh tapi jangan khianat negara

No Image Caption
A
A
A

MERAK JALANAN tak terkejut dengan laporan berita seorang pegawai kanan polis terima rasuah untuk melindungi aktiviti haram.

Hasil daripada kerja haramnya itu, dia berjaya mengaut keuntungan yang besar.

Wang tunai lebih RM1.2 juta turut dirampas.

Bayangkan dalam tempoh beberapa tahun dia sudah berjaya mengumpul wang sebanyak itu.

Merak Jalanan kerja bagai nak mati seumur hidup pun tak merasa.

Suspek mula menerima suapan sejak tahun 2021 bagi melindungi aktiviti haram membabitkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme sekitar Kuala Lumpur.

Cerita polis gelap mata dengan duit ini bukan benda baharu.

Rakan Merak Jalanan secara melawak pernah cakap, 'polis dan rasuah berpisah tiada' walaupun bukan semua perangai macam itu.

Artikel Berkaitan:

Seorang pegawai polis sanggup tolak sogokan RM200,000 demi prinsip hidup dan maruah pasukan.

Polis yang macam inilah kita mahu. Bukan kaki songlap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sendiri pernah mengeluar kenyataan tegas bahawa sesiapa terbabit dan bersekongkol dengan sindiket jenayah ibarat menjual nyawa rakan sendiri untuk wang haram.

Polis yang terlibat dengan rasuah ini takutlah dengan Tuhan. Jadi polis kena jujur, hati kena murni dan sebab kerja polis ini sangat mulia.

Kalau nak kaya, jangan jadi polis. Jadilah ahli perniagaan atau beli saham. Nak kaya cepat jangan jadi scammer menipu orang ramai.

Hidup tak berkat.Nak kaya boleh tapi jangan khianat negara!

Merak Jalanan cukup benci polis yang ambil rasuah ini sebab dia pengkhianat bangsa dan negara.

Negara boleh boleh jahanam kalau penguat kuasa amalkan rasuah.

Sempena sambutan Hari Polis ke-217, sudah tiba masanya PDRM memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh, tegas dan berani sekali gus meningkatkan integriti pasukan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28