Faktor JDT barakan Arif Aiman

Laporan Sukan Sinar pada Isnin.
Laporan Sukan Sinar pada Isnin.
A
A
A

LEGENDA bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan kejayaan bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi mengekalkan status Pemain Paling Bernilai (MPV) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) sebagai tidak mengejutkan.

Sebaliknya, bekas tonggak pertahanan Harimau Malaya itu menegaskan pencapaian hatrik diraih Arif Aiman dipacu persekitaran positif pemain tersebut selama ini.

“Arif Aiman sememangnya pemain yang baik dan tentu sahaja untuk menjadi lebih baik, dia memerlukan rakan sepasukan serta persekitaran yang kondusif bagi perkembangan karier bola sepaknya.

“Dan dia dapat semua ini apabila bersama JDT (Johor Darul Ta’zim), sebuah kelab bola sepak Liga Malaysia yang meletakkan standard piawaian tinggi.

“Sekiranya dia bersama dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia, sukar bagi dia untuk meraih status hatrik pemain paling bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Arif Aiman sebelum itu berada dalam kelas tersendiri selepas dinobatkan sebagai MVP buat kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) pada Isnin.

ABK23 menyaksikan kecemerlangan buat pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu apabila berjaya mempertahankan gelaran tersebut selepas kali pertama dinobatkan sebagai MVP ketika usianya 19 tahun pada ABK21.

Prestasi cemerlangnya bersama JDT pada tahun 2023 melayakkan Arif Aiman untuk meraih anugerah tersebut, selain turut menjadi nadi utama dalam membantu skuad Harimau Selatan meraih kejuaraan Liga Super selama sedekad musim lalu.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, Arif Aiman menjadi pemain pertama yang memenangi MVP selama tiga tahun berturut-turut selepas bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha melakukannya pada 2010 sehingga 2012.

Tambah bekas pertahanan Pahang itu, kebijaksanaan memanfaatkan peluang bersama Harimau Selatan juga merupakan ‘dos penggalak’ kepada bintang muda berusia 22 tahun tersebut menyerlah setiap musim.

“Seperti kita semua tahu bahawa JDT ini merupakan pasukan yang cukup solid, malah prestasi sentiasa meningkat pada setiap musim.

“Pemain tempatan dan import JDT juga merupakan yang berkualiti dan semestinya dengan bantuan rakan sepasukan yang baik, dia sudah tentu akan menghasilkan impak yang baik untuk pasukan.

“Jadi, kalau rakan sepasukan tidak membantu, kita takkan boleh jadi pemain terbaik.

“Pendek kata, Arif Aiman berada dalam keluarga yang tepat sepanjang proses perkembangan kariernya, iaitu keluarga besar JDT,” katanya.

ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2023 (ABK23)

PENJAGA GOL TERBAIK

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

(Johor Darul Ta’zim)

PERTAHANAN TERBAIK

Muhammad Azam Azmi Murad

(Terengganu FC)

PEMAIN TENGAH TERBAIK

Muhammad Afiq Fazail

(Johor Darul Ta’zim)

PENYERANG TERBAIK

Arif Aiman Mohd Hanapi

(Johor Darul Ta’zim)

PEMAIN IMPORT TERBAIK

Bergson Gustavo Silveira da Silva

(Johor Darul Ta’zim)

PEMAIN MUDA TERBAIK

Arif Aiman Mohd Hanapi

(Johor Darul Ta’zim)

JURULATIH TERBAIK

Tan Cheng Hoe (Selangor FC)

PASUKAN TERBAIK

Johor Darul Ta’zim

PENJARING TERBANYAK TEMPATAN LIGA SUPER

Arif Aiman Mohd Hanapi

(Johor Darul Ta’zim)

Faisal Halim

(Selangor FC)

12 gol

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER

Ayron del Valle Rodríguez

(Selangor FC)

23 gol

GOL TERBAIK LIGA MALAYSIA 2023

Arif Aiman Mohd Hanapi

(Johor Darul Ta’zim)

JDT menentang Perak FC aksi separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh.

PEMAIN TERBAIK PIALA MFL

Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili

(Terengganu FC)

PEMAIN PALING BERNILAI (MVP)

Arif Aiman Mohd Hanapi

(Johor Darul Ta’zim)

PENJARING TERBANYAK PIALA MFL

Ebenezer Assifuah

(Kedah Darul Aman FC B)

16 gol

ANUGERAH FAIR PLAY

Terengganu FC

KESEBELASAN TERBAIK, JURULATIH PILIHAN PENYOKONG LIGA MALAYSIA

Formasi: 433

PENJAGA GOL

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

(Johor Darul Ta’zim)

PERTAHANAN

Muhammad Azam Azmi Murad

(Terengganu FC)

Jordi Amat

(Johor Darul Ta’zim)

Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni

(Terengganu FC)

La'Vere Lawrence Corbin-Ong

(Johor Darul Ta’zim)

TENGAH

Manuel Federico Hidalgo Gasparini

(Kedah Darul Aman FC)

Muhammad Afiq Fazail

(Johor Darul Ta’zim)

Park Tae-soo (Sabah FC)

PENYERANG

Arif Aiman Mohd Hanapi

(Johor Darul Ta’zim)

Ayron del Valle Rodríguez

(Selangor FC)

Bérgson Gustavo Silveira da Silva

(Johor Darul Ta’zim)

JURULATIH

Tan Cheng Hoe (Selangor FC)

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28