Pelakon filem Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia

Kraibutr yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem Nang Nak meninggal dunia kerana kanser kulit.
Kraibutr yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem Nang Nak meninggal dunia kerana kanser kulit.
A
A
A

INDUSTRI perfileman Thailand kehilangan salah seorang pelakon seni hebat mereka apabila aktor Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac 2024.

Kraibutr yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram fenomena, Nang Nak menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun.

Aktor tersebut meninggal dunia kerana kanser kulit yang jarang ditemui di Hospital Saimai di Bangkok selepas lima tahun bertarung dengan penyakit tersebut.

Kematian Kraibutr diumumkan oleh isterinya, Orachanya Kraibutr menerusi platform media sosial, lapor http://khaosodenglish.com.

Dia menjelaskan tahap kesihatan suaminya merosot sejak 15 Mac lalu sebelum mengalami sawan dua hari kemudian dan tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia.

Isteri aktor itu turut menceritakan perjalanan suaminya mendapatkan pelbagai rawatan untuk pulih termasuk menjalani perubatan secara tradisional dalam usahanya untuk pulih.

Selain terkenal dengan watak ikonik dalam Nang Nak pada tahun 1999, Kraibutr juga menembus populariti menerusi filem Bang Rajan yang dipasarkan setahun kemudian sehingga menjadikan dirinya antara bintang paling mahal bayaran di Thailand pada zaman tersebut. - Awani

Artikel Berkaitan: