Dunia luar sedang lihat ‘keretakan’ kita

Laporan berkaitan kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang dicetuskan oleh Penerbit Sinar Harian.
Laporan berkaitan kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang dicetuskan oleh Penerbit Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap rakyat di negara ini perlu sedar bahawa dunia luar sedang memerhatikan ‘keretakan’ keharmonian di Malaysia kerana sikap tidak bertanggungjawab pihak yang memainkan isu perkauman dan agama.

Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh berkata, situasi kini amat membimbangkan jika dibiar berlarutan kerana rakyat dan negara juga yang akan rugi.

“Sekiranya tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk memperbaiki keretakan yang jelas kelihatan ini maka segala yang telah dibina bersama mungkin akan musnah sekelip mata. Sekiranya ini berlaku maka keseluruhan rakyat akan rugi.

“Kita juga harus faham bahawa dunia luar mengikuti perkembangan sosioekonomi negara ini.

“Sehingga kini kita telah bersama menunjukkan contoh negara berbilang bangsa yang hidup harmoni dalam kepelbagaian dan keadaan ini perlu dipelihara dengan semangat saling menghormati yang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dan menyokong kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang dicetuskan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Darshan
Darshan

Hussamuddin sebelum ini secara terbuka membuat kenyataan tidak mahu isu perkauman dan agama dimainkan mana-mana pihak kerana tindakan itu akan menyemai kebencian yang boleh menghancurkan negara.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia

Erat hubungan semakin rapuh

Mengulas lanjut, Darshan Singh berkata, pihaknya amat menyokong kempen yang dijalankan Sinar Harian dan menggesa semua ahli politik turut memainkan peranan dalam isu tersebut.

Ujarnya, kestabilan politik dan hubungan erat antara kaum amat penting untuk memastikan agar ekonomi negara terus berkembang maju.

“Sekiranya ekonomi negara terus berkembang maju maka keseluruhan masyarakat akan menikmati manfaatnya. Pelabur luar akan terus melihat Malaysia sebagai sebuah negara destinasi pelaburan yang baik.

“Situasi sebaliknya akan berlaku sekiranya kita menonjolkan sikap kebencian dan prejudis antara satu sama lain,” katanya.