Tunku Ismail, Onn Hafiz bincang isu di Tambak Johor

Tunku Mahkota Ismail menerima mengadap Onn Hafiz, Azmi, Azmi, Mohamad Fazli, Baharuddin dan wakil-wakil daripada Jabatan Imigresen Johor bagi membincangkan isu dan operasi di BSI dan KSAB di Johor Bahru pada Selasa
Tunku Mahkota Ismail menerima mengadap Onn Hafiz, Azmi, Azmi, Mohamad Fazli, Baharuddin dan wakil-wakil daripada Jabatan Imigresen Johor bagi membincangkan isu dan operasi di BSI dan KSAB di Johor Bahru pada Selasa
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Selasa bagi mendengar isu-isu terkini melibatkan operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

Pertemuan itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani; Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh; Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir serta Ketua Pegawai Penyelaras BSI dan KSAB, Suraya Hanim Sith.

Turut serta Ketua Imigresen BSI, Adam Abu Hanipah; Timbalan Ketua Imigresen (Kawalan) BSI, Vimala Ramalinggam; Ketua Imigresen KSAB, Siti Hajar Mohd dan Timbalan Ketua Imigresen KSAB, Ahmad Atturmudzy Mohd Yusof.

Dalam pertemuan itu, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan khususnya mengenai urusan operasi imigresen, pemprosesan trafik harian, purata masa menunggu untuk pemeriksaan imigresen serta penambahbaikan yang perlu di BSI dan KSAB.

Tunku Mahkota Ismail mendengar dan berbincang isu-isu terkini dibangkitkan Onn Hafiz dan wakil-wakil daripada Jabatan Imigresen Johor terutama mengenai operasi di BSI dan KSAB di Johor Bahru pada Selasa.
Tunku Mahkota Ismail mendengar dan berbincang isu-isu terkini dibangkitkan Onn Hafiz dan wakil-wakil daripada Jabatan Imigresen Johor terutama mengenai operasi di BSI dan KSAB di Johor Bahru pada Selasa.

Kenyataan berkenaan pertemuan tersebut yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi pada Selasa turut dimuat naik dalam Facebook rasmi miliknya, HRH Crown Prince of Johor.

Terdahulu Onn Hafiz membuat lawatan mengejut di BSI pada pagi Ahad selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai.

Menteri Besar Johor itu melahirkan rasa kesal dan kecewa apabila mendapati lebih 13 kaunter di laluan kereta di BSI tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan amat berharap agar isu itu tidak berulang lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28