Tunku Mahkota Ismail mahu hospital dibina ikut masa, beroperasi cepat

Tunku Mahkota Ismail (tengah) diiringi Onn Hafiz (empat dari kanan) dan barisan Exco kerajaan negeri mendengar taklimat pembinaan projek HSA II dan Hospital Pasir Gudang di tapak Hospital Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Johor Bahru pada Isnin.
Tunku Mahkota Ismail (tengah) diiringi Onn Hafiz (empat dari kanan) dan barisan Exco kerajaan negeri mendengar taklimat pembinaan projek HSA II dan Hospital Pasir Gudang di tapak Hospital Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Johor Bahru pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mahu semua hospital di negeri ini dibina tepat mengikut masanya dan beroperasi secepat mungkin.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, baginda amat mengambil berat perkara tersebut sejak dahulu lagi demi kepentingan dan kebajikan rakyat Johor.

Titah baginda, menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan.

"Fokus utama saya adalah untuk memastikan kemudahan penjagaan kesihatan Johor dan pembangunan infrastruktur dijalankan serta menyelesaikan keperluan rakyat.

"Saya sudah bersuara mengenai situasi hospital di Johor sejak 2018. Semasa kerajaan tidak memberi dana untuk membaiki kerosakan hospital di Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memberi sumbangan peribadi baginda untuk membaiki fasiliti yang terbakar dan rosak.

"Saya ingin melihat hospital-hospital ini dibina tepat pada masanya dan beroperasi secepat mungkin untuk memberi perkhidmatan kepada Bangsa Johor," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Isnin.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian selepas lawatan ke tapak Hospital Pasir Gudang di sini pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Artikel Berkaitan:

Dalam sesi lawatan itu, baginda dipersembahkan dengan pembentangan projek Hospital Sultanah Aminah (HSA) II Johor Bahru dan Hospital Pasir Gudang secara terperinci.

Baginda turut meluangkan masa berangkat ke ruangan model bangunan Hospital Pasir Gudang.

Kedua-dua hospital baharu itu yang bakal dibina adalah sangat penting untuk memberi kemudahan perubatan yang lebih baik kepada rakyat Johor pada masa akan datang serta membantu menampung jumlah pesakit di hospital-hospital sedia ada di negeri ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28