MB kecewa Tambak Johor sesak lagi, 13 kaunter CIQ tidak beroperasi

Onn Hafiz meninjau keadaan sesak di Tambak Johor, Johor Bahru selepas 13 kaunter tidak beroperasi pada pagi Ahad.
Foto ihsan Facebook Menteri Besar Johor
Onn Hafiz meninjau keadaan sesak di Tambak Johor, Johor Bahru selepas 13 kaunter tidak beroperasi pada pagi Ahad. Foto ihsan Facebook Menteri Besar Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa kesal dan kecewa apabila mendapati lebih 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan pada pagi Ahad.

Menurut beliau, perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan yang penuh.

Keadaan sesak di Tambak Johor, Johor Bahru sesak selepas 13 kaunter tidak beroperasi pada pagi Ahad.
Foto ihsan Facebook Menteri Besar Johor
Keadaan sesak di Tambak Johor, Johor Bahru sesak selepas 13 kaunter tidak beroperasi pada pagi Ahad. Foto ihsan Facebook Menteri Besar Johor

Beliau membuat lawatan mengejut itu selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai.

"Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, meskipun isu kesesakan ini semakin baik, itu tidak bermakna kita semua sudah boleh berpeluk tubuh," katanya dalam Facebooknya pada Ahad.

Berikutan itu, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan amat berharap agar isu itu tidak berulang lagi.

Beliau mahukan pengoperasian CIQ BSI yang lebih efisien dan konsisten perlu dipertingkatkan ke tahap maksimum.

"Semoga segala usaha bagi melancarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan ini mampu diurus dengan baik dengan kerjasama daripada semua pihak. Insya-ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28