PPK Bernam Jaya anjur pelbagai program sepanjang Ramadan

Abdul Rahman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wakalah zakat kepada penerima.
Abdul Rahman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wakalah zakat kepada penerima.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya meneruskan tradisi tahunan PPK di kawasan itu dengan menganjurkan pelbagai program sepanjang Ramadan.

Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Bernam Jaya, Datuk Dr Abd Rahman Bakri memaklumkan, antaranya sumbangan zakat kepada asnaf diikuti majlis berbuka puasa pada Jumaat lalu.

"Bermula dari pagi, kita sampaikan sumbangan Wakalah Zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada seramai 58 orang penerima bantuan terdiri daripada golongan asnaf.

"Seterusnya program tadarus PeladangNita diadakan dan diikuti dengan majlis berbuka puasa serta solat secara berjemaah," katanya yang juga merupakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.

Abdul Rahman (tiga dari kiri) turut memaklumkan, aktiviti gotong-royong mengacau dodol turut diadakan.
Abdul Rahman (tiga dari kiri) turut memaklumkan, aktiviti gotong-royong mengacau dodol turut diadakan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut memaklumkan, aktiviti gotong-royong mengacau dodol sebanyak tiga kawah turut diadakan sebelum makanan itu diagihkan kepada penduduk.

"Program ini pula melibatkan Peladang Muda PPK Bernam Jaya dan Peladang Muda Peringkat Pertubuhan Peladang Negeri Selangor," jelasnya.

Selain itu, Program Bubur Lambuk Percuma yang merupakan program tahunan PPK Bernam Jaya diteruskan pada tahun ini dan diadakan setiap Selasa dan Sabtu sepanjang Ramadan.

Artikel Berkaitan:

"Bubur lambuk ini diedarkan secara percuma kepada penduduk setempat dan program tahunan anjuran PPK Bernam Jaya dianjurkan buat kali ke-22 pada tahun ini," ujarnya lagi.

Abd Rahman menambah, penganjuran program sebegini mampu merapatkan hubungan antara Pertubuhan Peladang, ahli-ahlinya dan masyarakat setempat sekali gus dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!