Pemain remaja maut terkena sepakan

Para pemain mengerumuni Wassim selepas rebah terkena sepakan di perut oleh pihak lawan. Gambar kecil: Wassim. Foto Agensi
Para pemain mengerumuni Wassim selepas rebah terkena sepakan di perut oleh pihak lawan. Gambar kecil: Wassim. Foto Agensi
A
A
A

MALANG menimpa seorang pemain bola sepak remaja berusia 17 tahun apabila menemui ajal akibat terkena sepakan di bahagian perut dalam satu perlawanan.

Wassim Jazzar dari kelab amatur Algeria, mengalami kecederaan itu ketika bertembung dengan pemain pertahanan lawan.

Kejadian berlaku ketika dia cuba mengeluarkan bola dan secara tidak sengaja ditendang di perut oleh pemain lawan sebelum rebah di atas padang.

Permainan kemudian dihentikan dan para pemain kedua-dua pasukan mengerumuninya untuk memberi bantuan.

Wassim selepas itu terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kereta awam kerana menurut media tempatan tiada ambulans atau doktor di sekitar kawasan tersebut.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia dengan 'sepakan maut' itu didakwa sebagai punca kematian.

Media Algeria pula melaporkan bahawa Wassim meninggal dunia sejurus selepas terkena sepakan itu.

Berita sedih itu menyusul selepas arena bola sepak Colombia dikejutkan dengan pemergian Guillermo Beltran yang tumbang ketika latihan.

Artikel Berkaitan:

Penyerang Real Santa Cruz itu mengadu pening dan mual sebelum rebah pada Jumaat lalu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Pemain bola sepak remaja meninggal dunia selepas terkena sepakan di bahagian abdomen dalam satu perlawanan di Algeria. Wassim Jazzar, pemain 17 tahun mewakili kelab amatur di negara itu, terkena terjahan itu ketika bertembung dengan pertahanan lawan. Ketika dia cuba mengeluarkan bola, perutnya terkena kaki lawan dan Jazzar rebah serta merta. Media Algeria melaporkan, Jazzar meninggal dunia sejurus selepas terkena sepakan itu. #SinarHarian #SinarTerkini #Algeria #VideoViral

original sound - Sinar Harian