Suaram gesa hapus Akta Hasutan

Sevan
Sevan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menghapuskan segera Akta Hasutan 1948 sepenuhnya dan bukan hanya meminda akta berkenaan.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy berkata, tindakan itu perlu dibuat kerana ia mengehadkan hak kebebasan bersuara dan pendapat dalam melontarkan pandangan.

"Kami berpendirian akta ini dimansuhkan dan kerajaan perlu mencari cara lain untuk memberi rakyat kebebasan bersuara.

"Undang-undang ini sudah lapuk, sebelum ini terdapat ahli Parlimen daripada parti komponen Pakatan Harapan bersetuju untuk menghapuskan akta tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, menurut Sevan, jika kerajaan ingin mengekang isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R), mereka perlu berbincang dengan lebih mendalam supaya ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

"Ia tidak boleh mendengar hanya sebelah pihak kerajaan yang sedang berkuasa sahaja. Mungkin perlu adakan perjumpaan dan perbincangan dengan negeri-negeri berkaitan isu ini," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: