Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu selamat disemadikan

Lee Jenn Hui (dua, kanan) ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada isterinya di Nirvana Memorial Park, Seksyen 21 hari ini, Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama
Lee Jenn Hui (dua, kanan) ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada isterinya di Nirvana Memorial Park, Seksyen 21 hari ini, Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jasad Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong yang meninggal dunia Khamis lepas selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di Nirvana Crematorium Shah Alam, Seksyen 21, kira-kira jam12.50 tengah hari di sini pada Isnin.

Kee Hiong, 58, yang menyandang kerusi itu sejak 2013, meninggal dunia setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

Keranda mendiang Kee Hiong dibalut dengan bendera DAP ketika tiba di Nirvana Memorial Park, Seksyen 21, Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama
Keranda mendiang Kee Hiong dibalut dengan bendera DAP ketika tiba di Nirvana Memorial Park, Seksyen 21, Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama

Terdahulu, jasad mendiang dibawa dan diarak menaiki kereta khas dari Nirvana Centre Kuala Lumpur menuju ke krematorium berkenaan.

Suasana hiba menyelubungi upacara itu yang dihadiri saudara mara serta kenalan rapat.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin dan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim.

Hannah (kanan) tidak dapat menahan kesedihan ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Kee Hiong yang meninggal dunia Khamis lepas di Nirvana Memorial Park, Seksyen 21, Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama

Sementara itu, Pemangku Ketua Wanita DAP Selangor, Yeo Bee Yin yang turut hadir memberi penghormatan terakhir berkata, pemergian Kee Hiong amat dirasai oleh kepimpinan wanita parti itu kerana mendiang merupakan senior yang banyak membantu serta menyokong dalam membentuk barisan pemimpin muda.

Artikel Berkaitan:

Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, sejak mendiang mengidap penyakit itu, Kee Hiong mencadangkan agar beliau memangku jawatan yang disandangnya iaitu Ketua Wanita DAP negeri sehingga pemilihan baharu pada tahun hadapan.

Lee Jenn Hui (tengah) ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada isterinya yang meninggal dunia Khamis lepas, di Nirvana Memorial Park, Seksyen 21, Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama
Lee Jenn Hui (tengah) ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada isterinya yang meninggal dunia Khamis lepas, di Nirvana Memorial Park, Seksyen 21, Shah Alam pada Isnin. Foto Bernama

Berhubung calon bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu, Bee Yin berkata, setakat ini belum ada perbincangan mengenainya dan menyerahkan kepada pucuk kepemimpinan DAP negeri serta Pakatan Harapan Selangor untuk membuat keputusan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28