Program ‘Riuh Bazar Petron Gasul’ Peringgit meriah

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman (dua, kanan) bersama Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Mohd Asri Ibrahim (tiga, kanan) menyerahkan topi dan apron kepada salah seorang peniaga di Bazar Ramadan Peringgit, Melaka.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman (dua, kanan) bersama Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Mohd Asri Ibrahim (tiga, kanan) menyerahkan topi dan apron kepada salah seorang peniaga di Bazar Ramadan Peringgit, Melaka.
A
A
A

MELAKA - Petron Malaysia tidak ketinggalan memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mendekati masyarakat di dua bazar Ramadan terpilih menerusi program ‘Riuh Bazar Petron Gasul’.

Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Mohd Asri Ibrahim, berkata, program itu diadakan dua lokasi utama iaitu di Bazar Ramadan Peringgit, Melaka pada Sabtu dan seterusnya di Bazar Ramadan Stadium Ipoh, Perak pada 26 Mac ini.

MOHD ASRI
MOHD ASRI



Malah, program seumpama itu merupakan tahun ketiga penglibatan Petron Gasul di Bazar Ramadan yang bermatlamat membantu meringankan beban kos para penjaja serta peniaga bazar Ramadan.

Menerusi program turun padang itu katanya, Petron Malaysia membantu dengan menyumbang dua gas memasak Petron Gasul, topi dan apron secara percuma kepada para penjaja sekali gus menerapkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

"Ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran serta pendedahan jenama Petron Gasul dalam kalangan masyarakat, tetapi kita harap tajaan ini dapat meringankan beban kos operasi para penjaja.

“Dengan mengurangkan kos tersebut, mereka boleh memberi manfaat semula kepada pengunjung bazar yang menikmati juadah pada harga yang berpatutan. Inilah usaha kita untuk berkongsi rezeki,” katanya.

Sukarelawan Petron Malaysia sedang menyusun juadah iftar yang diberikan secara percuma kepada pengunjung di Bazar Peringgit, Melaka.
Sukarelawan Petron Malaysia sedang menyusun juadah iftar yang diberikan secara percuma kepada pengunjung di Bazar Peringgit, Melaka.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikan pada program Riuh Bazar Petron Gasul yang disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman di Bazar Ramadan Peringgit di sini, pada Sabtu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringgit, Datuk Shafrie Abdullah.

Kualiti, keselamatan produk

Tambahnya Mohd Asri, sumbangan gas memasak Petron Gasul memberi peluang kepada pihaknya memperkenalkan serta mempromosikan produk Petron yang sentiasa mengutamakan kualiti, keselamatan serta kemudahan para pelanggan.

Ujarnya, program Riuh Bazar Petron Gasul dengan slogan Ramadan tahun ini adalah 'Kongsikan Kegembiraan Dengan Keharmonian'.

Shadan (kiri) menyerahkan sumbangan iftar kepada salah seorang kanak-kanak yang mengunjungi Bazar Ramadan Peringgit, Melaka.
Shadan (kiri) menyerahkan sumbangan iftar kepada salah seorang kanak-kanak yang mengunjungi Bazar Ramadan Peringgit, Melaka.

Malah, Petron Malaysia katanya, sebelum ini pernah melaksanakan inisiatif yang sama dengan memberikan sumbangan Petron Gasul untuk program-program kemasyarakatan lain seperti menyediakan serta mengagihkan bubur lambuk sebagai program tradisi.

"Pada masa sama, berharap program kolaborasi di antara Petron Malaysia dengan Sinar Harian dapat memperluaskan produk dan perkhidmatan dengan menyasarkan masyarakat di luar Lembah Klang," katanya.

Bantu peniaga

Seorang peniaga martabak menggunakan gas memasak Petron Gasul untuk menyediakan juadah kepada pelanggan di Bazar Ramadan Peringgit, Melaka.
Seorang peniaga martabak menggunakan gas memasak Petron Gasul untuk menyediakan juadah kepada pelanggan di Bazar Ramadan Peringgit, Melaka.

Sementara itu, peniaga martabak, Mohd Hanafiah Abdul Majid, 38, ketika ditemui berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan Petron Malaysia itu benar-benar membantu peniaga menjimatkan kos kerana setiap hari dia menggunakan gas memasak untuk penyediaan makanan.

""Sekurang-kurangnya modal membeli gas masakan dapat digunakan untuk beli bahan mentah yang lain, " katanya yang mengambil alih perniagaan makanan itu daripada bapanya, lebih tujuh tahun lalu.

Bagi peniaga karipap dan samosa, Ahmad Abdullah Adnan, 32, dia menyambut baik program itu dan berharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Program ini bagus manakala gas masakan Petron Gasul ini mudah diperoleh. Ia amat memudahkan kepada peniaga seperti saya ini,” katanya yang telah menjalankan perniagaan itu sejak lima tahun lalu.