Anwar tinjau Bazar Ramadan Rahmah Taman Perpaduan

Anwar meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Madani di Taman Perpaduan dekat Ulu Kinta pada Isnin.
Anwar meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Madani di Taman Perpaduan dekat Ulu Kinta pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Madani di Taman Perpaduan dekat Ulu Kinta di sini pada Isnin.

Beliau tiba di tapak bazar pada jam 5.40 petang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Kehadiran Ahli Parlimen Tambun itu disambut penuh meriah lebih 500 peniaga dan pengunjung di tapak bazar terbabit.
Kehadiran Ahli Parlimen Tambun itu disambut penuh meriah lebih 500 peniaga dan pengunjung di tapak bazar terbabit.

Meskipun keadaan hujan lebat baru reda, kehadiran Ahli Parlimen Tambun itu disambut penuh meriah lebih 500 peniaga dan pengunjung di tapak bazar terbabit.

Anwar membeli kuih-muih dan lauk antaranya cucur udang, nasi lemak, nasi ayam berempah dan sate.
Anwar membeli kuih-muih dan lauk antaranya cucur udang, nasi lemak, nasi ayam berempah dan sate.

Dalam kunjungan 20 minit itu, Anwar turut dilihat membeli kuih-muih dan lauk antaranya cucur udang, nasi lemak, nasi ayam berempah dan sate.

Seorang pengunjung, P Usharani, 56, sanggup menunggu dalam hujan untuk bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri.

"Selalu dapat tengok di televisyen sahaja, hari ini dapat tahu Datuk Seri nak lawat bazar, saya pun ajak suami dan anak-anak datang sini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam keadaan ramai orang tadi, sempat kami bergambar dengan Datuk Seri," katanya yang merupakan pengundi Parlimen Tambun.

Anwar berkesempatan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.
Anwar berkesempatan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.

Sebelum itu, Anwar bersama komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Tambun mengedarkan 10,000 bekas bubur lambuk kepada penduduk setempat sempena Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan di Dewan KRT Taman Meru di sini.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Perak di Kolej Poly-Tech Mara di Meru Raya di sini.

Bazar Ramadan Rahmah Madani di Taman Perpaduan menempatkan 141 lot bazar dan merupakan bazar Rahmah terbesar di negeri ini di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Antara juadah dijual termasuklah ayam percik pada harga RM8, kebab ayam dan daging (RM6), apam balik (RM1), ayam penyet (RM5-RM10), martabak (RM6) dan air balang (RM4).

Tiga lagi Bazar Ramadan Rahmah Madani diadakan di Taman Cempaka dan Taman Silibin di Ipoh serta Stadium MPM di Manjung.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28