Tidur tiga jam demi siapkan tempahan baju pelanggan

Siti Hajar Aisyah tidak menang tangan menjahit tempahan yang diterima.
Siti Hajar Aisyah tidak menang tangan menjahit tempahan yang diterima.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang tukang jahit di Kampung Seribong, di sini hanya dapat melelapkan mata lebih tiga jam untuk menyiapkan tempahan baju pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Siti Hajar Aisyah Amran, 26, yang tidak menang tangan menjahit pelbagai fesyen baju untuk lebaran mengambil keputusan menutup tempahan pada Disember tahun lalu.

Siti Hajar Aisyah memberitahu, mengambil masa agak lama untuk menyiapkan sepasang baju bagi memastikan setiap inci jahitan kemas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Siti Hajar Aisyah mengambil masa agak lama untuk menyiapkan sepasang baju bagi memastikan setiap inci jahitan kemas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Siti Hajar Aisyah mengambil masa agak lama untuk menyiapkan sepasang baju bagi memastikan setiap inci jahitan kemas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Setiap hari saya boleh menyiapkan sepasang baju namun bergantung kepada kerumitan fesyen dan jenis kain yang dijahit," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Bekas pelajar Sijil Fesyen Dan Pakaian di Kolej Komuniti Jeli, Kelantan itu juga mempraktikkan ilmunya dengan melukis rekaan sebelum menunjukkan kepada pelanggan.

Katanya, kaedah itu lebih memudahkannya memahami kehendak pelanggan yang ada di antaranya sukar membuat lakaran sendiri.

Anak bongsu daripada empat beradik itu turut mempunyai pelanggan tetap dan ada yang sanggup mengepos kain dan menghantarnya ke rumah walaupun jauh.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini saya tinggal di Kuala Krai dan baru sahaja berpindah di sini selepas bapa bersara. Jadi pelanggan lama datang ke rumah kerana mahu saya menjahit baju mereka," katanya.

Selain menjahit pakaian wanita, Siti Hajar Aisyah yang mula menjahit tiga tahun lalu turut menghasilkan pelbagai jenis tudung, pakaian kanak-kanak dan menerima tempahan sulaman manik.

"Saya bersyukur kerana ibu bapa memaksa mengambil kursus jahitan kerana sebelum ini tidak berminat kerana hanya menumpukan perhatian terhadap jahitan manik," katanya.

Bagaimanapun katanya, lama-kelamaan dia 'jatuh cinta' untuk menjahit dan kini boleh mereka pelbagai jenis fesyen dan mendapat tempahan dengan upah pada kadar ratusan ringgit.

Siti Hajar Aisyah menunjukkan rekaan yang dibuat hasil perbincangan bersama pelanggan.
Siti Hajar Aisyah menunjukkan rekaan yang dibuat hasil perbincangan bersama pelanggan.

Lebih istimewa, Siti Hajar Aisyah boleh mengubah suai baju lama menjadi lebih eksklusif dan bergaya.

"Saya tidak kisah untuk mengubah pakaian lama asalkan pelanggan gembira dan mereka nampak lebih cantik dalam pakaian itu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!