KPM tidak akan kompromi salah laku buli

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga bersedia memberi kerjasama penuh berhubung kematian pelajar kolej vokasional di Sabah, Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan yang dipercayai dibelasah rakan.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa dan KPM bersedia memberi kerjasama penuh.

"Dalam masa sama, semua pihak diseru agar menghormati privasi keluarga mangsa.

"KPM telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa. Sokongan psikososial turut ditawarkan kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej," ujarnya pada Sabtu.

Pada Jumaat, seorang pelajar lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

Mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui oleh warden asrama yang bertugas pada jam 6.50 pagi dan dipercayai dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional di Sabah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

KPM turut menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!