Finland kekal negara paling bahagia di dunia

Pemandangan Helsinki, Finland pada waktu malam. - Agensi
Pemandangan Helsinki, Finland pada waktu malam. - Agensi
A
A
A

HELSINKI - Finland kekal sebagai negara paling bahagia di dunia bagi tahun ketujuh berturut-turut dalam Laporan Kebahagiaan Dunia tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Rabu.

Negara-negara di rantau Nordic turut mengekalkan kedudukan antara 10 negara paling bahagia yang menyaksikan Denmark, Iceland dan Sweden berada di belakang Finland.

Afghanistan yang dilanda bencana kemanusiaan sejak Taliban menguasai semula negara itu pada 2020, berada di kedudukan terbawah bagi 143 negara dalam kajian.

Senarai 10 buah negara paling bahagia di dunia.
Senarai 10 buah negara paling bahagia di dunia.

Buat pertama kali sejak laporan itu diterbitkan lebih sedekad lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman tidak tersenarai dalam kelompok 20 negara paling bahagia apabila masing-masing berada di tempat ke-23 dan ke-24.

Sebaliknya, Costa Rica dan Kuwait berjaya menembusi senarai 20 negara teratas apabila masing-masing berada pada kedudukan ke-12 dan ke-13.

“Dalam 10 negara teratas, hanya Belanda dan Australia mempunyai populasi lebih 15 juta. Dalam keseluruhan 20 teratas, hanya Kanada dan United Kingdom (UK) mempunyai populasi lebih 30 juta,” menurut laporan itu.

Kedudukan kebahagiaan adalah berdasarkan penilaian diri individu terhadap kepuasan hidup, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sokongan sosial, jangka hayat yang sihat, kebebasan, kemurahan hati dan rasuah. - Agensi

Artikel Berkaitan: